Sunday 5 June 2011

Mimpi Yang Indah

      Hari ini aku menjahit manik untuk Cik Watie dr Batu Pahat. Pukul 4.00 pagi barulah mata ni nak melabuhkan tirainya. Sepanjang menjahit baju watie hati ni asyik teringatkan wajah abah yang duduk ditembok menunggu kepulangan aku pulang dari rumah Tok Zarah. Sedih aku melihat abah yang berlengging dan memandangku. Aku menyapanya dan dia terus berkata kak lepas ni abah pulak. Dalam kereta aku menangis sehingga suamiku pelik dengan sikapku. Melihat ke arah jam sudah pukul 4 pagi aku pun masuk untuk tidur.

       Dalam tidurku aku bermimpi sedang menyambut Hari Raya 2011. Dalam mimpi itu masih ada abah yang sedang duduk di atas kerusi rodanya sambil memerhatikan anak cucunya bermain bunga api. Sedihnya bunga api itu memang dibelikan untuk Thaqif dan Syaddad dan sambil memerhati cucu-cunya dia memanggil Thaqif dan Syaddad . Tiba- tiba anak-anakku memeluk atoknya sambil berkata "Atok rindu kat atok. Abah memeluk mereka dengan erat,  mencium x putus- putus menyatakan persaaan rindunya. Aku pun datang ke arah mereka sambil menangis  teresak -esak mencium abah. Tapi terngiang2 dalam mimpiku Abah kata sudahlah Kak Jangan Nangis Lagi. Doakan Abah yer. Bangkit dari tidur seharian aku merasa kepuasan dapat berjumpa abah walaupun dalam mimpi. Abah muncullah lagi akak rindukan abah.

Abah akak akan sentiasa doakan abah. Semoga abah tenang di sana bersama ahli-ahli syurga. Rindunyer pada abah

Saturday 4 June 2011

Collection Royal Beads

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Berminat untuk menambah aksesori di baju anda? Tampak lebih menarik dan elegan.. Gaya eklusif tetapi boleh dimiliki oleh setiap wanita yang inginkan gaya elegan.. dengan harga yang sangat rendah.. anda boleh memilikinya.. ubah pandangan mereka terhadap anda...

Ini adalah beberapa koleksi dari Royal Beads.. akan di update dari semasa ke semasa.. anda juga boleh memberi design anda yang tersendiri.. Royal Beads akan menyediakan perkhidmatan terbaik mengikut citarasa anda.. Yakin boleh dengan Royal Beads.. Tampil anggun gaya eksklusif, Anda juga boleh!!



Royal Beads ~ Koleksi 1

Royal Beads ~ Koleksi 2

Friday 3 June 2011

TEMPAHAN JAHITAN MANIK & LABUCI

Menerima Tempahan Sulam Manik & Labuci kepada sesiapa yang berminat. Tempahan dibuat dalam dua cara iaitu by hand atau poskan baju tempahan. Anda dinasihatkan untuk menghubungi saya di talian 019-7879227 untuk pengesahan tempahan. Kos penghantaran barang SM RM8 dan Sabah Sarawak RM10.00. Manakala bayaran upah & kos penghantaran harus dibuat sebelum baju dipulangkan . Tempoh tempahan bergantung pada jenis pattern dan keizinan masa.